Selamat Datang Ke Blog Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh, Kemaman

Wednesday, April 23, 2008

BILIK KOMPUTER

BILIK KOMPUTER


Pada hari ini Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh telah menempa satu lagi sejarah dengan terbinanya sebuah bilik komputer pada tahun 2004. Pembinaan makmal komputer bukanlah perkara baru dalam membantu sistem pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Hampir semua sekolah rendah bilik komputernya sendiri. Sebenarnya pembaharuan yang berlaku dalam bidang pendidikan yang dirintis oleh teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memberikan kesan yang positif terhadap budaya belajar di sekolah. Teknologi maklumat juga memberikan kesan terhadap perkembangan minda dan pemikiran pelajar.


En Hanafi b Mohd Yusof
Pada hari ini, Bilik Komputer ini telah berada di bawah tanggung jawab yang mana telah mempunyai pengalaman mengajar selama 9 tahun dan kini mengajar di Sk Ayer Puteh selama 2 tahun. Dengan pengalaman yang ada pada beliau, bilik komputer ini mampu terus berfungsi dan memacu kejayaan yang terbilang.

Dengan keluasan bilik komputer yang dilengkapi sejumlah 21 buah komputer, sebuah printer dan scanner serta LCD, diharap para pelajar di sekolah ini akan mengambil peluang dengan sebaik-baiknya untuk mengembangkan minda dan memperoleh kemahiran komputer dan sekaligus dapat membantu para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan serta menggalakkan mereka mempunyai pemikiran lebih inovatif dan kreatif dalam pelajaran mereka.

Kita menyedari bahawa ICT, khususnya penggunaan komputer dalam bilik darjah, membawa satu dimensi perkembangan intelektual dan kemahiran berfikir yang dinamis dan kreatif di kalangan pelajar. Penggunaan multimedia, CD-ROM, Internet, E-Mail, laman web dan pelbagai perisian yang merangsang perkembangan ICT sebagai alat dan inovasi pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting dalam mencorakkan budaya belajar yang inovatif dan kreatif di sekolah.

Justeru itu, seluruh komuniti sekolah khususnya para guru dan ibu bapa supaya dapat memantau setiap aktiviti pelajar-pelajar terutama yang melibatkan penggunaan komputer bagi mengelakkan mereka terbabit dengan gejala-gejala yang negatif ini. Kita semua ingin melihat pelajar-pelajar kita mencapai kecemerlangan dalam pelajaran masing-masing seiring dengan kepesatan perkembangan ICT semasa.

No comments:

MARI MEMBACA :

PENGUNJUNG KE :

PETA KE SKAP

HIDAYAH

Untuk renungan bersama.....

Tajuk : Menjaga Nama Baik
Hadith :
Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil."
(Muslim).



  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP