Selamat Datang Ke Blog Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh, Kemaman

Monday, August 17, 2009

PERISTIWA BULAN OGOS

KARNIVAL KEJOHANAN MSSM PING PONG 2009.



Kejohanan ping pong anjuran PPD Kemaman ini diadakan untuk mencungkil bakat pelajar Tahun 5 untuk diketengahkan pada masa hadapan. Sek Keb Ayer Puteh telah menghantar 4 orang peserta.2 lelaki dan 2 perempuan bagi menyertai kejohanan nie.Kejohanan ini meliputi 3 sirkit yg mana dianjurkan di Kerteh, dua kali di SMK Binjai. Sirkit pertama SKAP tidak mendapat langsung pingat. Sirkit Kedua.....Fatihah Azmi dan Azniza Mahsuri mendapat tempat kedua dan ketiga seterusnya untuk Sirkit Ketiga dan Keseluhuran, ditambah pula dengan tempat ke 4 oleh Amirul Harahap.





adik Fatihah Azmi..
tempat
ke-2















adik Azniza Mahsuri.
tempat
ke-3













PEMERIKSAAN BERKALA GIGI DI SEK KEB AYER PUTEH......



































MAJLIS RESTU 2009

Kemaman-17/8/2009. satu majlis restu diadakan di Sek Keb Ayer Puteh, Kemaman untuk memberikan implikasi kepada murid-murid agar mendapat restu dan berkat daripada guru-guru yang mengajar pelajar Tahun 6 ini. Oleh itu, diadakan satu majlis bacaan Yasin untuk pelajar dan semua guru SKAP yang diketuai oleh Guru Penolong Kanan KOKO, En Zakaria Puteh. Selepas itu diadakan suapan berkat oleh Tuan Guru Besar, En Kamarudzaman Hashim kepada pelajar Tahun 6 ini, suapan pulut kuning. Majlis diserikan dengan acara bersalaman di antara pelajar dan guru-guru.

KEM UPSR 2009

Kem UPSR dianjurkan oleh pihak sekolah ini melibatkan pelajar dan guru serta penjaga, ibu bapa dan pentadbir.....maka kem ini diadakan kelas dan juga bacaan Yassin serta solat hajat untuk memohon agar pelajar yang mengambil peperiksaan UPSR nie mendapat kejayaan yang cemerlang nanti.....


BINA UPSR 2009

Dengan kain rentang yang dibekalkan oleh En Razali Husin, maka guru dan pelajar tahun 6 menyiapkan kain rentang untuk membakar semangat pelajar Tahun 6 ini agar cemerlang di dalam peperiksaan UPSR nanti.

MARI MEMBACA :

PENGUNJUNG KE :

PETA KE SKAP

HIDAYAH

Untuk renungan bersama.....

Tajuk : Menjaga Nama Baik
Hadith :
Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil."
(Muslim).



  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP