Tuesday, April 29, 2008
SEKOLAH KU SYURGA KU
SK Ayer Puteh, Kemaman ini adalah merupakan salah satu sekolah yang berada di pedalaman dan berada kira-kira 28 Km daripada pusat bandar Chukai. SK Ayer Puteh ini ditadbir oleh Guru Besar, En Kamarudzaman B Hashim. Terdapat kira-kira 26 orang guru yang berdedikasi dan bertanggungjawab bertugas di sekolah ini.
Monday, April 28, 2008
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan melahirkan Warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berktrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan melahirkan Warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berktrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara
MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
- Membangunkan sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia.
OBJEKTIF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berktrampilan dan sejahtera.
3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara dan
4. Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
WAWASAN JABATAN PELAJARAN TERENGGANU
- Bahawa sesunguhnya Wawasan Jabatan Pelajaran Terengganu ialah untuk menuju ke arah Kesempurnaan pencapaian matlamat pendidikan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
PERNYATAAN MISI JABATAN PELAJARAN TERENGGANU
- Bahawa sesungguhnya Misi Jabatan Pelajaran Terengganu ialah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan semua program dan aktiviti pendidikan untuk Melahirkan insan yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.
Wednesday, April 23, 2008
SENARAI GURU 2011
En. Wan Razali Bin Wan Muda
Guru Besar
Guru Besar
En. Khalid Bin Hamzah
PK I
Pn Zalia Bt Mamat
Pn Che Wan Rohafidah Bt Che Wan Muda
Pn Haniza Bt Basir
Pn Hayani Bt Lazim @ Mohd
Pn. Sakina Bt Daud
Pn. Suriati Bt Nawi
Pn. Zaleha Bt Mohamad
Pn. Norehan Bt Dura
Pn. Noriha Bt Abdul Ghani
PUSAT AKSES
Pusat Akses Sekolah
Penubuhan Pusat Akses Sekolah Kebangsaan Ayer Puter dilaksanakan mulai tahun 2007. SK Ayer Puteh telah menerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan di tingkat dua bersebelahan dengan Bilik Komputer. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat menggunakan Streamyx. Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.
Hari ini, Pusat Akses SKAP telah diterajui oleh En Muhammad Faris Bin Mohd Nor yang mana telah menjana pelbagai variasi terhadap pusat akses ini sebagai pemangkin kepada membangunkan perkembangan ICT di Sekolah. Hal ini bertepatan dengan membudayakan penggunaan ICT di sekolah sebagai salah satu cara untuk memastikan murid luar bandar tidak keciciran di dalam pembestarian komputer ini. Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan. Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari Internet Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
-Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
-Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
-Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid.
BILIK KOMPUTER
BILIK KOMPUTER
Pada hari ini Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh telah menempa satu lagi sejarah dengan terbinanya sebuah bilik komputer pada tahun 2004. Pembinaan makmal komputer bukanlah perkara baru dalam membantu sistem pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Hampir semua sekolah rendah bilik komputernya sendiri. Sebenarnya pembaharuan yang berlaku dalam bidang pendidikan yang dirintis oleh teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memberikan kesan yang positif terhadap budaya belajar di sekolah. Teknologi maklumat juga memberikan kesan terhadap perkembangan minda dan pemikiran pelajar.
Pada hari ini, Bilik Komputer ini telah berada di bawah tanggung jawab yang mana telah mempunyai pengalaman mengajar selama 9 tahun dan kini mengajar di Sk Ayer Puteh selama 2 tahun. Dengan pengalaman yang ada pada beliau, bilik komputer ini mampu terus berfungsi dan memacu kejayaan yang terbilang.
Dengan keluasan bilik komputer yang dilengkapi sejumlah 21 buah komputer, sebuah printer dan scanner serta LCD, diharap para pelajar di sekolah ini akan mengambil peluang dengan sebaik-baiknya untuk mengembangkan minda dan memperoleh kemahiran komputer dan sekaligus dapat membantu para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan serta menggalakkan mereka mempunyai pemikiran lebih inovatif dan kreatif dalam pelajaran mereka.
Kita menyedari bahawa ICT, khususnya penggunaan komputer dalam bilik darjah, membawa satu dimensi perkembangan intelektual dan kemahiran berfikir yang dinamis dan kreatif di kalangan pelajar. Penggunaan multimedia, CD-ROM, Internet, E-Mail, laman web dan pelbagai perisian yang merangsang perkembangan ICT sebagai alat dan inovasi pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting dalam mencorakkan budaya belajar yang inovatif dan kreatif di sekolah.
Justeru itu, seluruh komuniti sekolah khususnya para guru dan ibu bapa supaya dapat memantau setiap aktiviti pelajar-pelajar terutama yang melibatkan penggunaan komputer bagi mengelakkan mereka terbabit dengan gejala-gejala yang negatif ini. Kita semua ingin melihat pelajar-pelajar kita mencapai kecemerlangan dalam pelajaran masing-masing seiring dengan kepesatan perkembangan ICT semasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)