Selamat Datang Ke Blog Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh, Kemaman

Monday, April 28, 2008

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan melahirkan Warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berktrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara



MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • Membangunkan sistem pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi Negara Malaysia.

OBJEKTIF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
2. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berktrampilan dan sejahtera.
3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara dan
4. Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
WAWASAN JABATAN PELAJARAN TERENGGANU
  • Bahawa sesunguhnya Wawasan Jabatan Pelajaran Terengganu ialah untuk menuju ke arah Kesempurnaan pencapaian matlamat pendidikan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PERNYATAAN MISI JABATAN PELAJARAN TERENGGANU
  • Bahawa sesungguhnya Misi Jabatan Pelajaran Terengganu ialah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan semua program dan aktiviti pendidikan untuk Melahirkan insan yang berilmu, beramal dan berakhlak mulia.

No comments:

MARI MEMBACA :

PENGUNJUNG KE :

PETA KE SKAP

HIDAYAH

Untuk renungan bersama.....

Tajuk : Menjaga Nama Baik
Hadith :
Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil."
(Muslim).



  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP