Selamat Datang Ke Blog Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh, Kemaman

Wednesday, April 23, 2008

PUSAT AKSES

Pusat Akses Sekolah



Penubuhan Pusat Akses Sekolah Kebangsaan Ayer Puter dilaksanakan mulai tahun 2007. SK Ayer Puteh telah menerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan di tingkat dua bersebelahan dengan Bilik Komputer. Peralatan tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat menggunakan Streamyx. Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.

Hari ini, Pusat Akses SKAP telah diterajui oleh En Muhammad Faris Bin Mohd Nor yang mana telah menjana pelbagai variasi terhadap pusat akses ini sebagai pemangkin kepada membangunkan perkembangan ICT di Sekolah. Hal ini bertepatan dengan membudayakan penggunaan ICT di sekolah sebagai salah satu cara untuk memastikan murid luar bandar tidak keciciran di dalam pembestarian komputer ini. Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan. Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari Internet Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:

-Membudayakan penggunaan ICT di sekolah

-Mengurangkan nisbah komputer dengan murid

-Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid.







No comments:

MARI MEMBACA :

PENGUNJUNG KE :

PETA KE SKAP

HIDAYAH

Untuk renungan bersama.....

Tajuk : Menjaga Nama Baik
Hadith :
Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil."
(Muslim).



  © Blogger templates Psi by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP